Wednesday, 18 July 2012

ini pula adalah pemutus litar kenit atau lebih dikenali sebagai
miniture circuit breaker(MCB).Pemutus litar kenit inilah yang mengawal point untuk lampu atau soket dan sebagainya.


*Ini adalah antara komponen yang terdapat dalam papan agihan 



Tuesday, 17 July 2012

Ini pula adalah kawalan lampu yang menggunakan suis dua hala dan suis perantaraan.Untuk membuat pendawaian bagi kawalan lampu ini.Pastikan sambungan pada suis perantaraan betul,jika tidak lampu tidak akan menyala.Bagi suis dua hala ia mempunyai tiga terminal iaitu C,L1 dan L2.Untuk suis perantaraan pula ialah 1,3,2,4.Pendawaian ini selalunya digunakan di koridor lampu atau lampu di kawasan tangga.
Ini pula adalah  dua lampu dikawal oleh suis satu hala.Ianya sama dengan pendawaian satu lampu.Bezanya adalah ia mengawal dua lampu.Suis sama tetapi pada terminal L1 ia pergi ke dua-dua terminal lampu.Ini kerana apabila suis lampu dihidupkan kedua-dua lampu akan menyala serentak.
Salah satu pendawaian lampu yang mengawal satu lampu.Ia dikawal oleh suis satu hala yang hanya mempunyai C dan L1 sahaja.C adalah arus yang mengalir dari papan agihan.L1 pula akan pergi ke holder lampu.Bagi kabel neutral pula ia terus dari papan agihan ke holder lampu.Pembumian pula haruslah ada pada holder lampu dan suis.